ANAK ANAK YANG SERONOK BELAJAR GUNA KIT SERONOK MEMBACA

AKTIVITI MEMBENTUK HURUF 

Bimbing anak-anak anda untuk membentuk huruf yang dipelajari dengan menggunakan plastisin atau doh yang seumpamanya. Secara tidak langsung, kaedah ini akan membantu anak-anak supaya lebih mudah mengecam huruf kerana mereka telah menggunakan deria lihat dan sentuh sekaligus.

TAHUKAH ANDA?
Membentuk tanah liat dapat meningkatkan perkembangan motor halus dan kreativiti kanak-kanak


























AKTIVITI MEMBENTUK OBJEK

Bantu anak anda untuk membentuk plastisin / doh supaya menjadi objek seperti gambar yang terdapat pada kad imbas.

Contoh semasa anak belajar huruf "a", buat bersama anak anak objek ayam dan kaitkan dengan bunyi huruf "a" yang mereka belajar dalam buku. 

Gunakan kreativiti anda dan galakkan anak anda untuk memberikan idea mereka sewaktu mereka membentuk objek. 

Lihat bagaimana kami belajar membentuk OBJEK AYAM semasa anak anak belajar BUKU 1 dalam SET BACALAH ANAKKU




CARA MENGGUNAKAN PERMAINAN MAGIC CLAY UNTUK MEMBANTU ANAK SERONOK BELAJAR MEMBACA : 

LANGKAH 1:

Ambil Flashcard di dalam buku SET BACALAH ANAKKU iatu Flashcard huruf "a" dan sebutkan pada anak, ini bunyinya "a" (pastikan bunyi mengikut kaedah fonetik), ok hari ni kita belajar kenal huruf "a"....

LANGKAH 2: 

SO, Kita akan buat aktiviti untuk mengenali huruf "a".....ambil FLASHCARD yang ada gambar ayam dan kita buat bersama sama anak bentuk ayam....selepas anak kita berjaya menyiapkan bentuk ayam itue, kita lekatkan dalam JURNAL

LANGKAH 3:

Dalam JURNAL tersebut juga , anak anak boleh membentuk huruf "a" dan menampalkan dalam jurnal tersebut....

LANGKAH 4 :

Setelah siap, hasil kerja anak anak boleh tampal di dinding rumah atau masukkan dalam RING FILE.....

LANGKAH 5 :

Selang beberapa hari kita tunjukkan kepada anak kita hasil kerja mereka...tentu anak anak sangat suka sebab hasil kerja mereka masih utuh dan cantik walaupun selepas beberapa hari...

Wow, belajar membaca menggunakan SET BACALAH ANAKKU dan juga MAGIC CLAY sangat menyeronokkan tau :)


SILA RUJUK GAMBAR DIBAWAH










VIDEO MEMBUAT OBJEK 3D YANG COMEL LOTE INI DISEDIAKAN KHUSUS UNTUK PEMBELI KIT SERONOK MEMBACA !!


AKTIVITI 3. MENGIMBAS KAD

Sambil anak anda memegang bentuk huruf dan objek yang telah mereka buat, imbaskan kad yang menunjukkan huruf dan objek tersebut.

Sebutkan bunyi huruf dengan jelas, dan minta anak anda untuk mengikut sebutan bunyi tersebut.

Anak anda akan menggunakan tiga deria sekaligus dalam aktiviti ini. Menyentuh, melihat dan mendengar.

Ada beberapa VIDEO MENARIK BAGAIMANA IBU AYAH BOLEH MENGIMBAS KAD UNTUK ANAK ANAK