Belajar Mewarna Bersama Uneh






























Program ini diTAJA oleh KIT SERONOK MEMBACA dengan kerjasama BOOTH BABY EDU SHOP



Ok, jadi saya akan kongsikan TEKNIK MEWARNA YANG DIKONGSIKAN OLEH UNEH, RAJA PENSIL WARNA.

Perkongsian ini diterbitkan dengan IZIN UNEH, RAJA PENSIL WARNA

Ikuti Facebook beliau , LIKE DAN FOLLOW

https://www.facebook.com/uneh.hasren

https://www.facebook.com/UnehRajaPenselWarna/


KAEDAH 1 (cara mewarna): Bawah gelap atas terang.


1) Pilih 2 warna iaitu warna gelap & warna terang. Cth biru gelap & biru terang.

2) Warna tak sama pun ok asalkan pilih mana yg gelap & yg terang. Cth biru gelap & hijau terang.

3) Setiap ruang & objek perlu diwarnakan begitu.

4) Warna gelap (cth biru gelap) hanya separuh di setiap ruang & objek.

5) Tindankan & warnakan penuh dgn warna terang (cth biru terang) segenap ruang & objek.

6) Ketika mewarna, teknik tekan (kawasan gelap) & perlahan (ke kawasan terang) boleh dipraktikkan.












KAEDAH 2 : Atas gelap bawah terang.


1) Pilih warna gelap & warna terang. Kombinasi 2 warna, cth coklat gelap + coklat cerah.

2) Pilih warna yg tak sama pun ok. Cuma tentukan mana satu warna yg gelap & warna yg cerah, cth coklat gelap + hijau cerah.

3) Mula mewarna dgn yg gelap. Kaedah kali ini bahagian atas gelap (ruang atau objek). Warnakan separuh saja dari atas ke bhg tengah.

4) Ketika mewarna amalkan teknik tekan di bhg mula kemudian perlahan ke bhg cerah.

5) Tindan & warnakan penuh dgn warna yg cerah (ruang atau objek).

6) Teknik tekan & perlahan tetap sama bila menggunakan apa juga warna.


Sila ikuti setiap foto entri mengikut turutan penerangan ringkas di atas utk lebih faham.








KAEDAH 4 : Kiri gelap kanan terang.


1) Pilih warna gelap & warna cerah utk setiap objek atau ruang. Cth coklat gelap (tua) + coklat cerah (muda).
Warna tak sama juga ok. Cuma pastikan mana warna yg gelap & mana warna yg cerah. Cth coklat gelap (tua) + hijau cerah (muda).

2) Mula mewarna dgn warna yg gelap dulu. Utk kaedah no 4 kali ini mulakan dari sisi kiri hingga ke kanan (setiap ruang & objek).

3) Tekan di bahagian sisi kiri & perlahan mewarna menghala ke kanan. Warna gelap separuh sahaja (ruang & objek).

4) Tindankan dgn warna yg cerah. Mula mewarna di sisi kiri juga tapi kali ini penuhkan segenap ruang & objek.

5) Teknik tekan perlahan masih sama.

6) Warnakan setiap ruang & objek dgn kombinasi warna gelap & warna cerah. Walaupun warna yg berbeza teknik.mewarna masih sama sehingga siap.












KAEDAH 5 : Bawah gelap atas gelap.


1) Pilih warna gelap & warna cerah. Cth hijau gelap (tua) + hijau cerah (muda). Kombinasi warna yg berlainan pun ok. Cuma tentukan mana warna yg gelap & mana warna yg cerah. Cth coklat gelap (tua) + hijau cerah (muda).

2) Mulakan mewarna dgn warna yg gelap dulu. Utk kaedah no 5 ini warnakan di bahagian bawah & bahagian atas (semua ruang & objek).

3) Semasa mewarna amalkan teknik tekan di bahagian mula (bawah & atas) & perlahan2 menghala ke bahagian tengah (semua ruang & objek).

4) Foto kali ini Uneh tunjukkan proses ini dgn warna hijau gelap utk ruang daun pokok.

5) Tindankan pula dgn warna cerah (muda) dgn teknik tekan perlahan yg sama. Kali ini warnakan seluruh ruang & objek.

6) Lihat foto utk proses mewarna penuh ruang & objek terbabit dgn hijau cerah (muda).

7) Siapkan semua ruang & objek sehingga siap dgn teknik mewarna yg sama walaupun kombinasi warna yg berlainan.


















KAEDAH 6 : Kanan gelap kiri gelap.


1) Pilih mana ruang atau objek yg mahu diwarnakan & pilih warna. Pilih 2 warna iaitu warna gelap & warna cerah. 
Cth merah gelap (tua) + merah cerah (muda). Lihat foto.

2) Mula mewarna dgn warna gelap. Utk kaedah no 6 mulakan di bahagian kanan & kiri ruang atau objek.

3) Tekan kemudian perlahan ke bahagian tengah (ruang atau objek). Tak perlu warnakan penuh. Lihat foto utk merah gelap.

4) Tindan dgn warna cerah (muda). Kali ini warnakan penuh setiap ruang atau objek tersebut. Teknik tekan & perlahan masih sama spt tadi. Lihat foto utk merah cerah (muda).

5) Warnakan setiap ruang & objek dgn teknik mewarna yg sama. Yg berbeza hanya warna yg dipilih atau digunakan. Cth hijau gelap (tua) + hijau cerah (muda).

6) Warna yg berbeza juga ok. Cuma pastikan pilih mana warna yg gelap & mana warna yg cerah. Cth coklat gelap (tua) + hijau cerah (muda).

7) Pastikan setiap ruang & objek mengikut kaedah no 6 ini iaitu warna gelap di bahagian kanan & kiri. Teknik mewarna juga masih sama sehingga semua siap.


















KAEDAH 7 : Bucu kiri atas gelap bucu kanan bawah gelap.

1) Pilih ruang atau objek yg mahu diwarnakan. Uneh biasanya mulakan objek yg di hadapan dlm lukisan. Lihat foto. Uneh pilih ayam dewasa utk mula diwarnakan.

2) Pilih 2 warna iaitu warna gelap (tua) & warna cerah (muda). Cth warna ungu gelap (tua) + warna ungu cerah (muda).

3) Mula mewarna dgn warna yg gelap. Utk kaedah no 7 ini setiap ruang & objek mula diwarnakan di bhg bucu kiri atas & bhg bucu kanan bawah. Lihat foto utk warna ungu gelap (tua).

4) Tekan di bhg mula itu & perlahan2 menghala ke tgh. Setiap warna gelap hanya separuh sahaja.

5) Tindan dgn warna yg cerah (muda) spt mana warna yg gelap (tua) tadi. Teknik tekan & perlahan masih sama. Cuma kali ini warnakan keseluruhan ruang atau objek tersebut.

6) Warnakan dgn cara yg sama utk ruang & objek yg lain sehingga siap.

7) Bila teknik mewarna sama utk semua ruang & objek, keseimbangan warna dpt dihasilkan. Yg berbeza hanya warna gelap (tua) & warna cerah (muda) yg dipilih. Jika tak sama pun ok spt kombinasi coklat gelap (tua) + hijau cerah (muda).


















KAEDAH 8 : Bucu kanan atas gelap bucu kiri bawah gelap.


1) Pilih mana objek atau ruang yg mahu diwarnakan. Lihat foto Uneh pilih itik dewasa.

2) Pilih 2 warna iaitu warna gelap (tua) & warna cerah (muda). Lihat foto Uneh pilih ungu gelap (tua) + ungu cerah (muda).

3) Utk kaedah mewarna no 8 kali ini setiap bucu kanan atas gelap, bucu kiri bawah gelap & bhg tengah cerah (semua objek & ruang).

4) Mula mewarna dgn ungu gelap (tua).

5) Warnakan setiap bucu dgn teknik tekan & perlahan2 menghala ke tengah (objek & ruang). Tak perlu warnakan penuh. Lihat foto utk ungu gelap (tua).

6) Tindankan dgn warna cerah ke segenap ruang & objek. Teknik tekan & perlahan masih sama. Lihat foto utk ungu cerah (muda).

7) Warnakan ke semua objek & ruang dgn kombinasi warna & teknik mewarna yg sama sehingga siap.


















KAEDAH 9 : Keliling gelap tengah cerah


1) Pilih objek atau ruang utk mula. Uneh biasanya memilih objek yg paling depan dlm lukisan. Lihat foto pertama.

2) Pilih warna yg sesuai iaitu kombinasi 2 warna. Pilih warna yg gelap (tua) + warna yg cerah (muda).

3) Dlm foto Uneh pilih oren gelap (tua) + kuning cerah (muda). Tak sama warna pun ok cuma tentukan mana yg gelap (tua) & mana warna yg cerah (muda). Cth warna coklat gelap (tua) + hijau cerah (muda).

4) Mula mewarna dgn warna yg gelap dulu. Utk kaedah no 9 ini warnakan sekeliling objek dgn teknik tekan & perlahan menghala ke tengah. Warnakan hanya separuh.

5) Tindankan dgn warna yg cerah tapi kali ini warnakan keseluruhan objek. Teknik tekan perlahan masih sama.

6) Warnakan dgn kaedah & teknik yg sama utk semua objek & ruang sehingga siap.




















KAEDAH 10 : Tengah gelap keliling cerah.


1) Pilih objek atau ruang utk mula diwarnakan. Uneh biasanya mewarna objek di hadapan di dlm lukisan.

2) Pilih kombinasi warna iaitu warna yg gelap (tua) + warna yg cerah (muda). Lihat foto Uneh pilih coklat sederhana + kuning keemasan.

3) Mula mewarna dgn warna yg gelap dahulu. Utk kaedah kali ini warnakan gelap di bhg tengah.

4) Tekan di bhg tengah & perlahan2 ke arah sekeliling objek tersebut. Tak perlu warnakan penuh tinggalkan ruang di sekelilingnya.

5) Tindankan dgn warna yg cerah. Mulakan di bhg tengah dgn teknik tekan perlahan yg sama. Kali ini warnakan penuh. Lihat foto.

6) Warnakan semua objek & ruang dgn kombinasi warna & teknik warna yg sama sehingga semua siap diwarnakan.

















Aktiviti mewarna ada dalam KIT SERONOK MEMBACA..Dapatkannya hari ini juga tau !!