Ada blog ? Bagaimana menulis artikel blog yang bagus

blog

anda mempunyai produk atau servis yang mahu dijual ? Berblogging adalah salah satu cara yang bagus sebagai channel untuk menyampaikan maklumat berkenaan produk atau servis anda. Bagaimanapun berblogging ada ilmu dan seni yang perlu dipelajari supaya blog menjadi satu paltform yang bagus untuk anda mendapatkan bakal pelanggan. Jadi, pertama sekali pastikan anda ada blog ya…berapa kos untuk memulakan sebuah blog ? anda ada 2 pilihan…pilihan pertama ialah gunakan sumber percuma dan pilihan kedua ialah gunakan kaedah berbayar yang ber kos rendah…kos paling rendah untuk memulakan blog ialah RM60 untuk membeli domain dan hosting atau anda juga boleh mendapatkan pakej blog super jimat dari kami dengan kos serendah RM50 sahaja setahun…berblogging ni adalah salah satu kaedah marketing yang sangat bagus..kita panggil “content marketing”….sekarang kan trend “content marketing” sebab orang sekarang semua dah bijak bijak kan

Okies, selepas anda mempunyai blog, apakah skill yang paling penting yang mesti anda ada ? ya, skill paling penting ialah bagaimanakah menulis di blog supaya ramai pembaca suka kan blog anda dan datang berkali kali ke blog anda dan juga supaya artikel yang anda tulis naik ranking di google atau search engine…inilah skill yang paling penting selepas anda mempunyai blog…tidak guna ada blog yang cantik tetapi langsung tidak tahu cara menulis yang bagus….atau anda hanya ada sedikit sahaja artikel dalam blog anda…blog dah buat 2 bulan tapi ada 2 je artikel dalam blog…

pakar blog mengatakan blog yang bagus mempunyai 8 blog post baru sehari…ini bermakna sehari anda perlu masukkan 8 artikel baru yang menarik ke dalam blog anda, barulah blog anda cepat naik ranking di google…ha, banyaknya…………penat nak menulis kan…masa lagi..masa oh masa..sesungguhnya engkau amat berharga wahai masa…rugilah sesiapa yang mensia sia kan masa…

How-to-write-good-blog-posts-for-your-audience-and-SEO-and-make-sure-they-perform

 

 

lagi satu petua menulis blog..jangan tiru artikel dari mana mana blog “bulat bulat”…Encik google tak suka tau blog yang artikel dia sebijik sejebon…Encik google akan chop anda sebagai spammer yang suka meniru, malas berusaha dan mahu cara mudah je…so, kalau anda jumpa artikel menarik dan mahu postkan dalam blog anda….pleaseeeee modify dahulu…modify tajuk skit, modify gambar skit…tambah la gambar gambar yang anda tangkap sendiri guna kamera handphone…sila rajin tangkap gambar sendiri untuk dimasukkan dalam blog anda sendiri ye….jangan malas malas tau, nanti menyesal sebab susah nak maju ke hadapan kalau malas…..modify juga isi kandungannya dan ulas mengikut kefahaman kita atau tambah lagi maklumat dengan membuat kajian dan juga pembacaan…insyaallah kalau rajin, banyak ilmu dapat, duit pun dapat banyak..kannnnn

lagi petua menulis dalam blog ialah banyakkan membaca artikel dan nilaikan..baca dan nilai…jangan baca dan terima bulat bulat…nilai dulu betul ke tidak fakta ni..kalau tak betul jangan sebarkan, dosa tau….ada banyak sebenarnya panduan menulis yang boleh membantu pembaca anda suka blog anda dan juga membantu blog anda cepat naik ranking di google

saya senaraikan disini ya beberapa artikel menarik yang anda boleh baca dan nilaikan..baca tau, jangan tak baca…

Klik The Ultimate Guide to Writing Blog Posts That Rank in Google’s Top 10

Saya dah baca artikel di atas dan beberapa ulasan yang saya boleh buat ialah :

1. Sebagai pemilik blog, kita mesti tahu  “The Anatomy Of A Blog Post”

Kita kena tahu bagaimana nak tulis tajuk yang “catchy”, isi kandungan yang berkualiti macamana nak tulis, penutup macamana nak tulis, gambar bagaimana yang menarik perhatian pembaca

bagaimana-menulis-artikel-blog-bagus

 

2.Kedua, kita mesti tahu bagaimana yang dikatakan “ON PAGE SEO”

Artikel yang kita tulis tue mesti lah mengandungi ciri ciri yang search engine seperti google sangat suka…barulah senang nak naik ranking…dalam artikel tue sendiri mesti ada ciri ciri nya sebab kita nak dapatkan Carian Organik…ada beberapa buah syarikat yang menjual secara retail nampak kenaikan jualan sehingga 40% apabila mereka berjaya menarik pelawat secara organik bukan menggunakan kaedah bebayar seperti google adwords..jadi penting lah untuk kita tahu macamana nak buat “ON PAGE SEO”. Jadi sangat penting untuk kita menghasilkan kandungan artikel yang berkualiti dan pastikan kita ulang dan ulang KEYWORD yang sama berulang kali dalam artikel kita. Ini adalah contoh bagaimana cara kita boleh memasukkan KEYWORD dalam artikel kita

seo

 

Jadi, untuk memasukkan keyword yang bagus..keyword yang ramai orang cari, kita kena la buat sedikit kajian kan…tak kan main hantam je nak masukkan keyword dalam artikel..kalau main hantam je,entah entah keyword tue takde orang cari pun atau pun keyword tue sikit sangat orang cari…dah buang masa menulis artikel panjang panjang…syok sendiri lah gamaknya ye..keyword research ni memberitahu kita apakah yang target audience kita cari, trend pembelian….contoh : ibubapa yang sedang mencari tadika terbaik untuk anak anak..apakah keyword yang mareka akan cari

“Keyword research: An important step in on-page search engine optimization, keyword research tells you what your target audience is searching for, and what their intention is – i.e., comparison shopping, just browsing, ready to purchase,etc.”

Klik ke Google AdWords Keywords Planner.

Masukkan keyword utama anda

Klik  “Get ideas.”

bagaimana-menulis-blog2

 

rendah sungguh carian untuk permainan anak…

tak bagus keyword tue..ha ha..tengok tue ada 10 sahaja..

kita cuba pula keyword “permainan” dan tengok hasilnya

bagaimana-menulis-blog3

 

ok la sikit, ada 6600 carian..

Untuk mencari keyword yang lebih banyak, bagus juga gunakan laman web ini iaitu http://keywordtool.io/

Daripada satu keyword, kita boleh kembangkan lebih banyak keyword yang berkaitan

cara masukkan keyword dalam blogpost

 

Setelah kita tahu keyword yang mendapat banyak carian di google, pastikan anda masukkan keyword tersebut dalam tajuk artikel dan juga dalam kandungan artikel..ada 4 bahagian wajib masukkan keyword

-Title tag
-Content of page
-URL
-Image alt text

Lagi satu tips, macamana kita nak tahu apakah keyword yang tengah HOT di GOOGLE sekarang ?

Macamana ye..ha, kena rajin membaca tau..nak berjaya kena rajin tau…baca artikel best ni..saya dah baca…anda sudah baca ? Klik sini untuk baca bagaimana nak tahu keyword yang ramai orang cari

Cara yang paling cepat dan mudah ialah guna “GOOGLE AUTO COMPLETE”

bagaimana-menulis-blog4

Ok, paham skit dah kan tentang “KEYWORD RESEARCH”

banyak kerja ye kena buat untuk tulis artikel blog ni..ingat nak tulis artikel blog ni main hantam tulis je ke..panjang benau ceritanya….rajin rajin kan diri membaca dan analisa ye…membaca kan jambatan ilmu..nanti kita sambung lagi ye…anytime saya rajin, saya akan sambung lagi artikel ni..so, lepas ni kita semua dah boleh rajin menulis di blog…saya kalau jumpa je fakta menarik dan berguna saya akan cepat cepat masukkan dalam blog..sebab blog ni dah jadi tempat simpanan maklumat yang bagus..senang nak rujuk pada bila bila masa…Insyaallah ilmu dalam blog ni juga akan bermanfaat untuk semua pembaca di seluruh alam maya…

Artikel ni ditulis oleh Puan Siti Sarah Mohd Fauzi yang gigih berusaha mencari ilmu dan gigih bekerja dan berniaga…dalam kamus hidupnya yang ada hanya…rajin berusaha untuk berjaya..rajin mencari ilmu untuk berjaya….jangan sombong dalam mencari ilmu…merendah diri mencari ilmu untuk berjaya…usaha sampai berjaya…jangan sesekali mengalah selagi belum berjaya..buat sampai jadi..buat sampai jadi jutawan 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge