Cara Dapatkan Kos Per Klik Yang Murah Untuk FB Ads

Cara Untuk Dapat Kos Iklan yang Murah di Facebook

Rata-rata yang buat iklan di Facebook sudah semestinya inginkan kos iklan yang paling murah supaya keuntungan boleh dimaksimumkan.

Bila disebut kos iklan yang murah, tolong jangan salah faham!

Murah bukan bermaksud kita perlu kedekut untuk laburkan duit dalam pengiklanan.

Tapi biarlah iklan yang kita buat, kos nya berpatutan dan berbaloi dengan hasil yang akan diperolehi.

Jujurnya, cara terbaik untuk mendapatkan kos iklan yang berbaloi adalah dengan menghasilkan iklan yang menarik dan berkualiti.

Cara Dapatkan Kos Per Klik Yang Murah

Sebenarnya ada banyak cara dan teknik untuk mendapatkan kos iklan yang murah.

Tapi kali ini saya hanya akan kongsikan salah satu teknik yang saya amalkan sejak tahun 2012.

Sebelum itu, anda perlu memahami bagaimana struktur pengiklanan di Facebook. Boleh rujuk gambar di bawah.

Ini adalah struktur iklan di Facebook buat masa ini.

Bahagikan Iklan Kepada Beberapa Ad Set

Teknik ataupun strategi yang saya gunakan adalah dengan membahagikan iklan saya kepada beberapa Ad Set yang berbeza.

Biasanya dalam setiap kempen yang saya buat, saya akan bahagikan iklan kepada 4 Ad Set yang berbeza:

  1. Fans Only + Mobile Only
  2. Fans Only + Desktop Only
  3. Non Fans + Mobile Only
  4. Non Fans + Desktop Only

Cuma sejak Facebook memperkenalkan Lookalike Audience, saya kadang-kadang hanya buat 2 Ad Set dalam 1 kempen. Iaitu:

  1. Lookalike Audience + Mobile Only
  2. Lookalike Audience + Desktop Only

Kenapa Perlu Bahagikan Kepada Beberapa Ad Set?

Pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa nak kena bahagi kepada beberapa Ad Set? Tak boleh ke nak run semua iklan dalam satu Ad Set?

Ini rasionalnya…

1. Iklan di Mobile Lebih Murah

Iklan di mobile biasanya jauh lebih murah dari iklan di desktop. Tak percaya, boleh cuba sendiri dan tengok bezanya.

Kalau iklan di desktop 20 sen per klik, iklan di mobile boleh jadi hanya 7 sen per klik.

Jadi, adalah satu kerugian jika kita gabungkan sekali iklan untuk mobile dan desktop.

2. Iklan Kepada Fans Lebih Convert

Iklan kepada fans, biasanya conversion lebih tinggi sebab mereka dah memang kenal siapa kita.

Bukan setakat kenal, malah mereka memang mempunyai interest dengan apa yang kita jual (sebab tu lah mereka Like page kita).

Jadi tak hairanlah kalau iklan kepada fans, CTR adalah lebih tinggi sekaligus menurunskan kos per klik anda.

3. Boleh Adjust Daily Budget Ikut Kesesuaian

Bila kita bahagikan kepada beberapa Ad Set, kita boleh set Daily Budget yang berbeza kepada setiap Ad Set.

Biasanya saya akan lebihkan budget untuk iklan di mobile dan juga untuk iklan yang target kepada Fans sahaja.

Sebabnya mudah…

  • Iklan kepada fans lebih convert
  • Iklan di mobile boleh mendapat Reach yang lebih tinggi dengan kos yang murah

4. Senang Untuk Track Kos Iklan

Dengan membahagikan kepada beberapa Ad Set, kita boleh track berapa yang kita spend untuk setiap audience dan juga placement.

Lagi bagus kalau kita track sekali berapa conversion rate untuk setiap satu Ad Set.

Daripada sini, kita boleh tau iklan mana yang mempunyai conversion yang lebih tinggi dan patut diberikan lebih budget.

Buktinya…

Ini contoh screenshot dari salah satu iklan yang saya buat menggunakan Lookalike Audience dan bahagikan antara desktop dan mobile.

Untuk mendapatkan kos per klik yang murah, asingkan iklan untuk mobile dengan iklan untuk destop

Perasan tak beza yang sangat ketara antara kos per klik dan juga CTR?

Nak Lagi Tips Split Testing?

Antara cara-cara lain yang boleh anda gunakan untuk mengoptimumkan kos iklan anda adalah dengan membuat beberapa split testing seperti di bawah:

  1. Range-range umur yang berbeza (satu group dalam 3 – 5 tahun)
  2. Lokasi-lokasi tertentu (bandar atau negeri)
  3. Interest-interest yang berbeza

 

NOTA RUJUKAN: http://firdausazizi.my/cara-dapatkan-kos-per-klik-yang-murah/ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge