CARA MENGAJAR ANAK MENULIS

6 CARA AJAR ANAK MENULIS DENGAN SERONOK, TAK PAYAH‘TENSION’ LAGI

Berikut adalah 6 cara ajar anak menulis dengan seronok dan kreatif. Tentu anak takkan bosan dan ‘tension’!

1. JANGAN GUNA BUKU

Walau apa jenis buku yang anda gunakan, anak-anak akan menganggapnya sebagai ‘kerja’ yang perlu disiapkan di meja belajar.

Untuk membangkitkan semangat mereka, anda boleh aplikasikan cara ajar anak menulis yang ‘gila-gila’ untuk membentuk abjad atau nombor.

Contohnya, seperti menggunakan:

  • warna air atau ‘finger paint’
  • ‘shaving cream’ 
  • pasir
  • tanah liat atau play-doh
  • blok binaan atau Lego
  • kayu aiskrim

Tidak kiralah sama ada mereka belajar membuat hanya satu atau dua abjad sehari. Yang penting, anda dapat menyampaikan mesej bahawa belajar menulis tidaklah sesukar yang disangka. Malah, ia amat menyeronokkan!