• RN01-Set Bacalah Anakku


UNTUK BOOKING STOK : WHATSAPP 013-4928630


 

 

 

Terbukti anak-anak dalam video ini berjaya membaca menggunakan Set Bacalah Anakku dan juga Set Read Easy
Jom, kita lihat sendiri anak-anak yang boleh membaca menggunakan Set Membaca ini

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku mula diperkenalkan pada akhir tahun 1996 oleh pasangan suami isteri , Othman Ahamad dan Nik Eliani Nik Nawi, yang juga merupakan bekas guru bahasa Inggeris yang terlatih.

Siri ini mengandungi 8 buah buku yang telah disusun berdasarkan kaedah fonik gabung-bunyi untuk mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat dan lancar seawal usia 3 tahun. Siri ini telah berjaya membantu ribuan kanak-kanak di Malaysia, khususnya, membaca dengan cepat berdasarkan kaedah fonik dan stail penyusunan teks bacaannya.

Melalui kaedah fonik gabung-bunyi Bacalah Anakku, kanak-kanak membaca hanya dengan menyebut terus bunyi-bunyi dan menggabungkan bunyi-bunyi tersebut untuk membaca perkataan tanpa perlu mengeja-eja atau menghafal suku kata.

Melalui cara ini kanak-kanak boleh membaca seawal usia 3 tahun , membaca dengan cepat dalam masa 2 minggu hingga 3 bulan sahaja, membaca dengan lancar perkataan yang panjang dan dapat membantu kanak-kanak yang ada masalah keupayaan membaca serta kanak-kanak pemulihan.

Kini siri ini telah menjadi antara bahan utama untuk mengajar membaca terutamanya di rumah dan di tadika-tadika di seluruh Malaysia, di pusat-pusat prasekolah di sekolah-sekolah rendah , di kelas-kelas pemulihan sekolah rendah dan menengah , serta di pusat-pusat cepat membaca semenjak tahun 1997 lagi. Siri ini juga telah digunapakai oleh Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam sebagai program membaca di prasekolah dan Tahun 1 seluruh negara pada tahun 2009.

Kini siri ini telah dilengkapi dengan bahan-bahan pendidikan yang berkaitan seperti Buku aktiviti,  Buku Rancangan Mengajar, Buku Permainan Kreatif , Set Kad Abu Ada Ayam, Buku Penulisan Kreatif, Carta Bunyi dan Poster Bacaan.

FAKTA BERKAITAN

  • Lebih 800 buah tadika dan taska dan 200 buah sekolah di seluruh Malaysia telah menggunakan siri ini secara aktif di Malaysia
  • Telah digunapakai oleh Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam sebagai program utama untuk mengajar membaca di prasekolah dan Tahun 1 seluruh negara pada tahun 2009
  • Menjadi pilihan utama oleh rangkaian tadika PAP Community Foundation di Singapore sebagai program utama pada peringkat prasekolah


PENDEKATAN MENGAJAR

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku disusun berdasarkan kaedah fonik ( bunyi ) di mana kanak-kanak mulanya akan dikenalkan dengan bunyi-bunyi dalam bahasa pertuturan bahasa Melayu yang kemudiannya akan dikaitkan dengan simbol-simbol huruf berkaitan. Oleh itu kanak-kanak akan menyebut bunyi huruf bukannya nama huruf setiap kali mereka melihat satu-satu simbol.

Melalui kemahiran gabung bunyi, kanak-kanak akan menggabungkan bunyi-bunyi huruf tersebut untuk membina perkataan secara automatik ( atau terlatih ) untuk membaca perkataan dan ayat. Melalui cara ini semua perkataan yang mudah mahupun yang panjang akan dibaca secara terus dengan menggabung bunyi. Mereka tidak perlu mengeja-eja atau menghafal pola-pola ejaan yang banyak untuk membaca seperti dalam kaedah lain.

KEISTIMEWAANNYA

1. MUDAH bagi kanak-kanak kerana mereka hanya perlu tahu 28-30 bunyi sahaja
2. CEPAT untuk membaca kerana dengan kaedah gabung bunyi, kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dalam tempoh yang singkat
3. LANCAR dari segi bacaan kerana mereka akan terus menyebut perkataan tanpa tersekat-sekat
4. kanak-kanak boleh membaca pada USIA AWAL , seawal usia 3 tahun, untuk menguasai kebolehan membaca
5. boleh MENULIS  tanpa perlu mengeja-eja secara tidak langsung ( automatik )
6. SERASI dengan kaedah membaca dalam Bahasa Inggeris kerana cara membaca perkataan adalah sama dan terdapat 21 bunyi huruf yang sama dalam kedua-dua bahasa


Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas, anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.

Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.

Jadi, produk Set Bacalah Anakku ini mengikut Kaedah Fonetik

Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad


Kandungan Pakej:
8 Buah Buku,
1 Buku Panduan Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak,
12 Keping Kad Imbas

Mengenai Produk

Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.
Keistimewaan Produk

Sistem Fonetik
Suku kata mudah
Bermakna dan berulang
Dua warna
Berima
Kurang Gambar

Mengapa anda perlukan produk ini? Jom baca artikel di bawah ini dulu:

Mengapa Nak Ajar Membaca Awal?
http://iluvsuperstore.com/page.html?id=94

Teknik Didik Anak Membaca
http://iluvsuperstore.com/page.html?id=92

Ajar Anak Anda Membaca - Bagaimana Menggunakan Kaedah Fonetik 1
http://iluvsuperstore.com/page.html?id=93



Testimoni Produk
 
"Alhamdullilah anak2 saya dpt membaca di usia 5 year dengan bantuan ReadEasy & Bacalah Anakku. Sekarang tengah fokuskan math pulak.. mengira cam tak cukup jari.. dgn jari2 kaki sekali guna" ~Puan Shikin~

Alhamdullilah, sepanjang saya mengajar Bacalah Anaku, murid-murid dapat membunyikan dengan baik dan betul. Di samping itu kaedah fonik memboleh murid-murid membaca dengan cepat kerana mereka dapat mengenal dan mengingat bunyi huruf berbanding mengingat nama huruf. -Nabilah binti Othman-Peserta Kursus Bacalah Anakku di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani-1 Ogos 2008

Berikut adalah gambar details ISI DALAM SET BACALAH ANAKKU


 

 





























































Terima kasih Puan / Tuan kerana berminat dengan SET BACALAH ANAKKU. 
SET BACALAH ANAKKU  ini adalah MODUL bacaan yang merupakan perkara ASAS yang amat PENTING dalam proses mengajar anak MEMBACA secara lebih TERSUSUN dan berstruktur. Kaedah yang digunakan dalam buku ini adalah KAEDAH FONETIK. 

Mengapa ibu bapa perlu mencuba KAEDAH FONETIK ni... Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah ini telah membantu ramai anak-anak untuk lebih mudah membaca, lebih cepat membaca, dan tidak membebankan memori mereka. 

Ibu bapa sekalian boleh mula membantu anak-anak membunyikan huruf-huruf seawal usia mereka 3 tahun.
SET BACALAH ANAKKU ini sesuai untuk anak-anak berusia 3 tahun dan ke atas. 

Saya kongsikan kepada Puan/Tuan kelebihan menggunakan SET BACALAH ANAKKU ni ye! 

✅ penggunaan kaedah fonetik yang akan membantu anak-anak mudah, cepat dan tidak membankan memori mereka
✅ persediaan awal dalam mempersiapkan anak-anak untuk memasuki alam persekolahan supayan tidak tercicir dalam pembelajaran
✅ suku kata yang mudah, bermakna, berima dan berulang-ulang untuk membantu pembelajaran lebih efektif
✅ font huruf yang besar, jelas dan mempunyai dua warna (mengikut suku kata) yang terang akan memudahkan anak-anak membaca
✅ anak-anak akan mengingati imej (abjad atau suku kata) yang tertera seterusnya menjadikan proses pembelajaran mereka lebih berkesan
✅ disertakan dengan lagu yang boleh didapati dalam VCD ABU ADA AYAM yang dapat membantu ibu bapa memperkenalkan bunyi melalui nyanyian dan gaya yang menyeronokkan
✅ bunyi-bunyi yang diperkenalkan adalah mengikut susunan bunyi yang diperkenalkan dalam buku modul, menjadikan pembelajaran lebih teratur
✅ gambar dan ilustrasi menarik dan berwarna-warni turut disertakan untuk memudahkan anak-anak belajar tentang sesuatu perkataan

Jadi, kesimpulannya... Memang SET BACALAH ANAKKU ni sesuai sangat untuk semua kanak-kanak. Tak kisahlah anak kita jenis auditory learners ke (menyanyi)  ... visual learners ke (gambar) ... kinesthetic learners ke (buat gaya sambil nyanyi) .. Semua boleh dapat manfaat daripada SET BACALAH ANAKKU  ni..

Panduan nak gunakan SET BACALAH ANAKKU ni juga kami sediakan... mudah sahaja dan memang best lah... InSya Allah modul asas membaca kaedah fonetik ni, kalau kita mula seawal usia, masuk darjah 1, anak dah pandai baca... Lega sangat.. Alhamdulillah.

Nak ajar anak membaca ni memang kena kreatif. Segala kemahiran dan deria anak-anak kita tu...selagi boleh digunakan, guna je semuanya... Barulah anak-anak tak sempat mengantuk atau bosan masa belajar! Betul tak? Mendengar, melihat, menyanyi, berkomunikasi, bergerak... Haa... Maksimumkan segala potensi anak-anak. Semoga bermanfaat. 

Ok. Ni details  SET BACALAH ANAKKU :

✅ 8 buah buku 
(buku 1 : 30 muka surat, buku 2 : 23 muka surat, buku 3 : 15 muka surat, buku 4 : 14 muka surat, buku 5 : 12 muka surat, buku 6 : 22 muka surat, buku 7 : 18 muka surat, buku 8 : 21 muka surat)
✅saiz buku 14.5cm x 22.0cm
✅kertas berkualiti
✅1 buku panduan ibu bapa (13 muka surat)
✅12keping kad suku kata (setiap keping ada 6 suku kata)


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

RN01-Set Bacalah Anakku

  • Product Code: Set Bacalah Anakku
  • Availability:
    33
  • RM44.90

Related Products

RN02-Set ReadEasy Phonics

RN02-Set ReadEasy Phonics

Terbukti anak-anak dalam video ini berjaya membaca menggunakan Set Bacalah Anakku dan juga Set Read ..

RM50.00

RN05-VCD Abu Ada Ayam

RN05-VCD Abu Ada Ayam

VCD Phonic Bahasa Melayu Kandungan Pakej: VCD lagu Abu Ada Ayam, 30 keping kad tunjuk & 1..

RM25.00

RN06-VCD Phonic English

RN06-VCD Phonic English

Sesuai digunakan bersama Set Read Easy VCD Phonic English Kandungan Pakej: VCD lagu Cory ..

RM25.00

RN19-Pakej Lengkap Mengajar Anak Membaca Bahasa Melayu PERCUMA Buku Aktiviti

RN19-Pakej Lengkap Mengajar Anak Membaca Bahasa Melayu PERCUMA Buku Aktiviti

PAKEJ ini terdiri daripada :1-SET BACALAH ANAKKU2-VCD ABU ADA AYAMPERCUMA Buku Aktiviti Bacaan..

RM65.00

RN15-Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal

RN15-Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal

nak ajar anak baca? ade panduan dari pakar ! Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman Nik Eli..

RM13.50
RM15.00

RN17-Buku ReadEasy Phonics Intermediate Level

RN17-Buku ReadEasy Phonics Intermediate Level

  Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad ISBN: 983-867-229-7   ..

RM15.00

Tags: set bacalah anakku membaca, bijak rn01-set